Skip to main content

Bersalin di Hospital Kuala Lumpur (HKL)



Pengalaman melahirkan anak pertama di Hospital Kuala Lumpur (Lama)


Nur Safiyyah Humairah
30.01.2019
3.25Kg





29.01.2019


Masa ni saya sedang mengandungkan Humairah 38minggu dan hati makin berdebar, sorang-sorang kawan yang mengandung sama dah selamat melahirkan anak mereka dan saya masih menunggu bila baby nak keluar.

Saya masih pergi kerja macam biasa, memandangkan office saya tiada Lift dan berada di tingkat 2, saja lah konon "ouhhh kalau exercise turun naik tangga elok ni cepat sikit lah baby keluar rasanya". so setiap kali pergi toilet or pantry mesti buat exercise dulu turun naik tangga.

Petang tu saya mula rasa Huamirah gerak lain mcm, gerakan dia makin kasar dan kuat tapi tak fikir apa lagi lah sebab tak pernah ada pengalaman bersalin lagi kan. Balik tu singgah rumah Mak perkena sambal jering dulu sebab naluri kata baby keluar lagi 2 atau 3 hari lagi. (Nanti saya cerita kenapa saya bukak cerita pasal jering)


30.01.2019


Tepat Jam 12AM saya terjaga nak ke toilet, bukak je mata benda pertama saya fikir dalam mimpi tadi ada part saya kencing ke? Lepastu saya terus terfikir Ouhhh tak mungkin saya kencing atas katil. saya terus bergegas bangun bukak lampu dan tengok seluar dah basah dan ada selaput darah.. Ini SAH KETUBAN PECAH.

Saya dan suami terus ke Hospital Kuala Lumpur, Jam 12.30AM sampai di PAC dan doktor check bukaan sudah 2cm. Memandangkan ketuban dah pecah jadi malam tu saya terus check-in wad. Doktor sempat beri keterangan apa perjalanan / Proses saya bersalin nanti.

Nurse akan minta waris pergi buat pendaftaran masuk Wad, masa ni boleh pilih nak masuk wad kelas berapa dan ikut kekosongan. Malam tu wad kelas 1 FULL jadi proceed dengan GL suami untuk masuk kelas 2. Sakit masa ni masih lagi tahap 1 - 2 boleh chill2 dan tidur lena.

Jam 6PM keluarga belah suami dan saya datang melawat, FIL (Father in law) pergi jumpa nurse yang bertugas di wad kelas 2 untuk minta meraka tolong booking wad kelas 1 memandangkan wad kelas 2 agak sempit dan panas (ada kipas syiling). Saya sempat makan nasi dan air susu kurma.


CONTRACTION PAIN START~~


Dalam tengah makan nasi tiba-tiba macam ada suis pulak kat badan ni tiba2 sakit tu ON secara mengejut dan kuat. Masa ni memang air mata keluar la bukan biasa2 punya sakit ni. contraction datang dalam 6 minit sekali.

7PM semua family balik dan tinggal suami yang melayan saya yang tengah sakit. Polis bantuan minta suami keluar pun saya buat tak tahu dan masih pegang tangan suami menahan sakit. sakit dia ya rabbi~~~ 

Around 8PM saya cakap dengan suami saya dah tak tahan dan tolong la minta pain killer saya memang betul2 tak tahan sakit. sakit datang 3 - 5 minit sekali. Nurse datang tengok dan tanya apa yang saya makan tadi sebab nurse pelik kenapa tiba2 saya sakit mengejut, jadi saya cerita makan nasi dan susu kurma. Surprisingly nurse sangat terkejut dan tanya kenapa puan minum susu??? susu salah satu punca / natural induce untuk percepatkan bayi keluar. Bagus minum susu jika contraction datang bersama dengan bukaan dan tak bagus minum susu adalah jika contraction datang tanpa bukaan apa2.. so si ibu akan terseksa dengan sakit tanpa ada bukaan apa pun. 

Sebelum saya diberi pain killer, doktor perlu check bukaan dan pasang CTG terlebih dahulu, bukaan saya sudah 4cm dan nurse kata saya tidak boleh ambik apa2 pain killer.. 5Minit lepas tu saya terus cakap dengan suami yang saya nak BERAK dan tak tahan sangat ni. terus suami panggil nurse dan sekali lagi saya kene seluk, bukaan dah 6cm! untuk sampai part ni, alhamdulillah penangan susu tadi, sakit saya datang sekali dengan bukaan. fuhhh~~

9PM Saya terus ditolak ke labour room. Labour room bukanlah macam dalam TV tu yang konon2 besar.. kecik je sebenarnya dan sangat sejuk!! masa ni jangan tanya lah macam mana kotornya atas katil tu. saya complete siap muntah + kencing + terberak atas katil. Hmm! Maafkan saya!

Masa melahirkan Humairah agak sukar sebab saya tidak ada pengalaman dan tidak tahu teknik yang betul macam mana jadi banyak kali teran pun baby tak keluar dan masuk kedalam semula.
7 orang termasuk suami membantu saya untuk keluarkan seketul Humairah. Hmm!

11.13PM 30.01.2019, alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.25KG secara normal. Koyakkan agak banyak dari apa yang doktor beritahu kulit saya sangat fragile.. pegang pun dah terguris sendiri. Untuk proses jahit suami diarah keluar dan prosesnya bagi saya tidak terlalu sakit dengan bantuan Gas Entonox. Sebelum dijahit, saya diseluk banyak kali untuk mengeluarkan uri yang dah pecah2 dan proses ini sangat sakit walaupun saya sedut gas. 


31.01.2019


4AM saya ditolak ke wad kelas 1, ingat tak tadi FIL ada booking untuk saya katil kelas 1 kan? rezeki keluar je lr terus dapat rehat kat kelas 1, bilik 6 Katil ada aircond dan toilet sendiri. Baby nurse ambik  dan pukul 8am nurse pulangkan semula. nak bangun tengok baby memang tak larat sakit dan penat lagi masa ni.. baby bangun je nangis, terus tekan bell minta nurse tolong tengokkan.

...................................................................................................................................................................



5 Hari saya dan baby duduk di hospital, sebabkan ketuban saya pecah awal, jadi selepas bersalin doktor perlu pantau keadaan selama 48Jam untuk pastikan tiada infection dan sebagainya. kemudian ditambah baby pulak sangkut kuning.


Kesimpulan pengalaman bersalin di Hospital Kuala Lumpur bagi saya sangat selesa dari segi layanan (kelas 1, 2 & LR) dan facility(Wad kelas 1). Bagi saya nurse memang sangat membantu dari awal sampai akhir termasuk PAC. 

Jumlah keseluruhan bersalin di Hospital Kuala Lumpur RM200 untuk 5hari.


***Notes: Adalah dinasihatkan untuk tidak ambil sebarang makanan yang ber-bau kuat seperti jering, petai dan seangkatan dengannya kerana kesian dengan nurse dan doktor yang bertugas untuk tahan bau yang busuk tu dalam LR. 

***Notes: Untuk first MOM, bagi pendapat saya ada baik jika anda pergi kelas antenatal, masa ni anda akan diajar pelbagai teknik yang betul untuk bersalin dan asas dalam bab menjaga baby termasuk penjagaan diri masa berpantang. banyak je offer untuk antenatal class seperti http://www.pusrawi.com.my/  dan banyak lagi.



Comments

  1. Bersalin di HKL tak perlu booking ye? Boleh terus walk in ye?

    ReplyDelete
  2. Kena booking awal ke utuk bilik kelas pertama???

    ReplyDelete
  3. Masa bersalin suami bole teman ye...Dan masa lepas bersalin pn suami bole teman jg tak sis

    ReplyDelete

Post a Comment